Pilihan raya kecil DUN Sungai Kandis 2018 Senarai Pilihan Raya Kecil Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14

Pilihan raya kecil (PRK) ADUN Sungai Kandis di negeri Selangor merupakan pilihan raya kecil yang pertama selepas Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14 (PRU-14). Pada mulanya, PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Mat Suhaimi Shafiei , 50 tahun (PKR) yang meninggal dunia akibat barah limfoma pada 2 Julai 2018 lalu. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hari penamaan calon diadakan pada 21 Julai 2018 manakala hari mengundi juga diadakan pada 4 Ogos 2018. Pada malam keputusan, calon PH, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berjaya mengekalkan kemenangan PKR dengan memperolehi majoriti 5,842 undi.

Berikut merupakan keputusan rasmi:

PartiNama CalonUndiKeputusan
PH-PKRMohd Zawawi bin Ahmad Mughni15,427Menang
BN-UMNODato Lokman Noor Adam9,585Kalah
BebasK.Murthy PJK97Hilang Deposit